Selasa, 09 Oktober 2012

cara memasang komputer - motherboard


Langkah 1: Mencari motherboard di kedai komputer

Pastikan anda mengetahui specification komputer anda sebelum membeli motherboard, ini kerana setiap motherboard mempunyai platform masing-masing contohnya motherboard intel tidak boleh di masukkan processor AMD kerana architecture yang berbeza pada setiap CPU.

Langkah 2: Membuka komputer anda

Sebenarnya cukup mudah untuk membuka komputer anda, cuma perhatikan screw yang terlibat dalam menutup casing dan putarkan kesemuanya arah lawan jam.

Langkah 3: Unplug

Cabut semua wayar yang menyambung ke motherboard. Sila perhatikan tempat yang di tandakan dengan bulatan merah. Pastikan anda telah mencabut semua wayar yang bersambungan dengan motherboard sebelum meneruskan langkah seterusnya.

Langkah 4: Unplug komponen motherboard

Tanggalkan komponen motherboard seperti grafik kad, sound kad ataupun network kad dari motherboard anda. Dalam kes ini kita hanya mempunyai grafik kad dan USB cable. Motherboard ini menggunakan buitl-in network dan sound card

Langkah 5: Membuka screw motherboard

Tanggalkan kesemua screw motherboard yang memegang motherboard ke casing komputer anda. Bulatan merah di atas menunjukkan kedudukan screw-screw di dalam casing komputer. Tanggalkan kesemua screw tersebut dengan memutar screw arah lawan jam.
Inilah hasilnya setelah motherboard di keluarkan daripada casing komputer anda.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

 

Template Design By:
SkinCorner